Saturday, 4 May 2013

Ayer Hitam Johor Part 2

Hi.. Ingat lagi tak.. Haritu Eha janji nak update apa barang-barang hantaran yang Eha beli kat Ayer Hitam kan? Maaflah agak lambat update sebab connection internet agak slow..

Mesti orang tanyakan kenapalah nak cari sampai Ayer Hitam sana. Kan jauh.. Tapi sebenarnya bagi Eha berbaloi pegi sana kalau kita memang nak cari barang-barang tertentu seperti barang hantaran of course, gubahan bunga, patung, etc. 

Eha memang selalulah pergi cari-cari barang hantaran ni coz selalu tolong mak cik buat barang-barang hantaran serta goodies.. hehe.. memang minat sejak kecil.. Ingat lagi masa kecil-kecil dulu kalau sedara mara kahwin memang awal-awal ambil tender buat goodies.. Lipat tuala jadi burung untuk bekas telur pun pernah.. hehe..Macam-macam lah yang Eha buat..;)

So, kat Ayer Hitam kedai favourite Eha pegi beli barang-barang untuk buat hantaran mestilah PISB. Pusat Aksesori Perkahwinan Terbesar di Ayer Hitam.

  
Yang Eha suka kat sini sebab senang nak cari barang.. susunan teratur.. tak bercampur-campur.. Kat sini juga selalu ada display idea-idea hantaran yang updated. So selalu lepas tengok hantaran display tu, rekalah buat idea sendiri and boleh start terus pilih barang. itu selalunya strategi Eha lah. Eha tak dapat nak ambil gambar display hantaran sebab dia strictly "No Camera"..

  
Dimulakan dengan memilih bunga terlebih dahulu. Coz ini lah yang menentukan tema warna kita. Bunga-bunga kat sini memang updated. Rambang mata tengok aneka warna. 


Tadaaaa...So this is the selection. Untuk wedding cousin kali ini adalah Merah Jingga. Actually cousin request nak warna orange-hitam. But bila pergi sana, tengok combination colour semua.. So inilah final decisionnya.. 

Merah Jingga + Peach + Bunga-bunga halus berbiji orange..
 Cantik tak????


After that pemilihan tapak/bekas hantaran. Pelbagai alternatif. Tapi kali ini Eha proposed pakai polyform sahaja. 

 
 Then pilih wrapper... Aish..tengok colour banyak-banyak..rasa semuanya cantik belaka..=)

So warna pilihan adalah orange - peach. Gambar; di penyangkut baawah, no 2 dari kanan.

Then pilihlah renda-renda atau lace yang bersesuaian dengan idea gubahan. Eha tak upload sekarang... surpriseee... Nanti kita tengok bila gubahan siap ok.


Sambil tu, jangan lupa untuk beli sekali bunga pinang, kapur dan gambir. Ini untuk diselitkan di gubahan sirih junjung. Ikut adat bilangan bunga pinang, kapur dan gambir mestilah dalam bilangan ganjil. Contohnya, 3,5,7. Kebiasaannya 3 nos sahaja. 


Hihi.. di kaunter pembayaran. Worth it berbelanja disini walaupun agak jauh dari JB. In total, just expense about RM400 je kat sini untuk 7 hantaran berserta 1 hantaran sebagai tanda langkah bendul.

Berbaloi kan?? So siapa-siapa yang akan melangsungkan perkahwinan, Eha memang suggest tempat ni untuk korang survey idea dan barang-barang...=)

No comments:

Post a Comment